Koordinat:
28°12′N 177°21′W / 28.200°N 177.350°W / 28.200; -177.350Atol Midway (
bahasa Inggeris: Midway Atoll) ialah sebuah
atol yang terletak di
Lautan Pasifik bahagian utara (berdekatan hujung barat laut
Kepulauan Hawaii), sekitar satu pertiga jarak perjalanan antara
Honolulu dan
Tokyo.
Garisan Tarikh Antarabangsa terletak 140 batu nautika di sebelah barat. Atol ini berpenduduk 40 orang (
2004, tiada penduduk pribumi) ini terdiri dari
karang penghalang berbentuk cincin dan beberapa
pulau kecil berpasir. Dua daratan utama, Pulau Sand dan Pulau Eastern, merupakan habitat bagi ratusan ribuan
burung laut. Sebagai bahagian dari
Kepulauan Terpencil Minor, Atol Midway termasuk dalam wilayah yang tidak bergabung (unincorporated territory) yang dikelola oleh
Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar, di bawah kuasa
Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat. Atol ini ditetapkan sebagai
Tempat Perlindungan Nasional (National Wildlife Refuge) pada
22 April 1988.Atol Midway lebih dikenal sebagai lokasi
Pertempuran Midway yang berlangsung semasa
Perang Dunia II pada
4 Jun 1942.
Angkatan Laut AS berjaya menghalau serangan pasukan
Jepun. Insiden ini menjadi titik balik peperangan di kawasan Pasifik.Infrastruktur pengangkutan di Atol Midway berupa 32 km jalan, 7.8 km saluran paip, sebuah pelabuhan (di Pulau Sand, tertutup untuk umum), dan dua landasan terbang asfalt.